"Asrama Kita Rumah Kita"

"Asrama Kita Rumah Kita"

LAMAN UTAMA

Saturday, June 19, 2010

PANORAMA ASRAMA DESA SK SUNGAI SAM



Asrama Desa SK Sugai Sam dibuka pada 1 April 2000 di atas bangunan lama yang dibaik pulih. Secara Umumnya ia terdiri daripada 3 blok iaitu satu blok dorm pelajar lelaki, satu blok dorm pelajar perempuan dan satu blok dewan makan yang berkonsepkan terbuka.

Bangunan asrama terdiri daripada Blok Asrama Putera (Aspura), Blok Asrama Puteri (Aspuri), kantin asrama, perpustakaan mini, bilik prep dan pejabat asrama.

Pada umumnya bangunan asrama adalah bangunan sekolah yang telah dibaik pulih dan dijadikan asrama. Pengubahsuaian bangunan lama yang yang dijadikan asrama ini mengakibatkan banyak kekurangan dari sudut fizikalnya.

Walaupun bermula dengan serba kekurangan, tetapi dengan berkat Tuan Guru Besar, warga guru, kakitangan sokongan dan murid, serta komitmen PIBG, Asrama Desa SK Sungai Sam semakin mengorak langkah dan mula dikenali ramai.
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."

“..Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri..”
(Luqman: 12)

No comments:

Post a Comment

CARTA ORGANISASI

Penasihat : En. Idris b. Muhamed (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Rasidah bt. Hussain (PK HEM)

Naib Pengerusi : En. Firdaus @ Mohamad Kafri (PK P)

Setiausaha : En. Mohd Rusydan b. Mohd Noor (Warden 1)

Ahli Jawatan Kuasa :
Cik Suhartini bt. Mahmad (Warden 2)
En. Mohd Hismaneezam b. Idris (Pen. Asrama)
Pn. Rosnani bt. Mat Ail (Pem. Pengurusan Murid)
Cik Norsyafarizan bt. Sulaiman (Pem. Pengurusan Murid)