"Asrama Kita Rumah Kita"

"Asrama Kita Rumah Kita"

LAMAN UTAMA

Sunday, July 11, 2010

GERAK GEMPUR UPSR 2010

Program Kelas Tambahan Khas merupakan salah satu usaha ke arah kecemerlangan UPSR tahun 2010. Program ini merupakan pengemblengan tenaga antara Unit Asrama dan Panitia Matapelajaran dalam memastikan kecemerlangan UPSR tahun 2010 mencapai target yang disasarkan.

Program Kelas Tambahan Khas Petang

Program Kelas Tambahan Malam (6 Bestari)

Program Kelas Tambahan Khas Malam (6 Elit)

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah S.W.T maksudnya: “Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269) Firman-Nya lagi maksudnya: “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (al-Ankabut:69)

Wednesday, July 7, 2010

SUKANEKA ASRAMA DESA SK SUNGAI SAM PADA 21 - 22 MEI 2010

Pihak Pengurusan Asrama Desa SK Sungai Sam menjadikan temasya Sukaneka Asrama sebagai aktiviti yang wajib dalam kalendar tahunannya. Penganjuran ini akan membantu pelajar asrama menyeimbangi jasmani, emosi dan rohani untuk menuju ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Persiapan sebelum sukaneka bermula

Acara Bola Beracun

Semua dah jadi raja tepung selepas acara cari harta karun dalam tepung

Puteri Tepung Gomok

Macho tak saya ni.... nama saya Izuan

Acara lari dalam guni
Tarik Gelung Rotan

Acara Rebut Kerusi antara pelajar perempuan


Tiup belon ke buat apa tu Izul

'Tiup sampai pecah bang dinda sokong kat belakang' kata Janah

Alahai sopannya kak long kita ni tiup belon, boleh pecah ke tu....

Rebut jangan tak rebut

Yang ni bukan acara yang dijadualkan.
Kesian sampai tertidur dalam musolla selepas solat Maghrib sementara menunggu Isyak penatnya bersukaneka.

CARTA ORGANISASI

Penasihat : En. Idris b. Muhamed (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Rasidah bt. Hussain (PK HEM)

Naib Pengerusi : En. Firdaus @ Mohamad Kafri (PK P)

Setiausaha : En. Mohd Rusydan b. Mohd Noor (Warden 1)

Ahli Jawatan Kuasa :
Cik Suhartini bt. Mahmad (Warden 2)
En. Mohd Hismaneezam b. Idris (Pen. Asrama)
Pn. Rosnani bt. Mat Ail (Pem. Pengurusan Murid)
Cik Norsyafarizan bt. Sulaiman (Pem. Pengurusan Murid)